Home Artikel PAS Perlis

Pemuda Padang Besar Lawat SRITI Nurul Hidayah

161
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG TERAP : Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar telah mengadakan lawatan penanda aras ke Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah, Naka, dekat sini semalam.

Seramai sembilan orang exco DPPKPB diketuai oleh ketuanya Ustaz Muhammad Azmir Azizan menyertai lawatan tersebut.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang juga Guru Besar SRITI Nurul Hidayah, Ustaz Nurul Amin Hamid serta barisan pentadbir sekolah.

Menurut Ustaz Muhammad Azmir, lawatan penanda arasan tersebut bertujuan bagi mendapatkan maklumat berhubung aspek pembangunan serta pengurusan SRITI berkenaan yang mula beroperasi pada Mei 2017.

“DPPKPB merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga SRITI Nurul Hidayah yang telah membantu menjayakan lawatan penanda arasan ini.

“Segala input yang diperolehi daripada lawatan ini amat membantu DPPKPB yang turut berhasrat untuk mewujudkan sebuah SRITI sendiri di Kompleks Tarbiyah PAS Padang Besar (KOMTAR) menjelang tahun depan,” katanya ketika dihubungi.