Home Artikel PAS Pahang

Makcik Ani bakal miliki rumah baharu

158
SHARE

 

Hasrat seorang ibu untuk memiliki sebuah rumah sendiri yang agak selesa, akan menjadi kenyataan apabila rumah yang diidam-idamkan itu sudah kini sudah fasa terakhir.

 

Rumah beliau yang dikenali ramai dengan panggilan Makcik Ani dari Kampung Pasir Kemudi, Kuantan yang diusahakan secara bergotong-royong hasil sumbangan orang ramai.

 

Pada Ahad (semalam), Adun Panching Ustaz Muhamad Tarmizi  Yahaya bersama jawatankuasa PAS Cawangan Kampung Panching serta MPKK Kampung Panching, meneruskan aktiviti gotong-royong menyiapkan rumah baharu tersebut.

 

Sehingga semalam, atap telah dipasang serta dinding siap di plaster dan kini hanya tinggal kerja-kerja menyiapkan keseluruhan rumah tersebut sahaja lagi.

 

Tarmizi yang juga merupakan Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Paya Besar, mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan yang memberi sinar baharu buat Makcik Ani meneruskan kehidupannya.

 

Bagi yang ingin terus melabur saham akhirat ini, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun seperti berikut untuk aktiviti-aktiviti kebajikan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching :

 

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PANCHING

BANK MUAMALAT

06010004266719.

 

Sebarang pertanyaan boleh merujuk ke nombor: 01111009240.