Home Berita PAS Selangor

Pemuda Kuala Selangor hantar bantuan buat yang memerlukan – DPPK Kuala Selangor

13
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Selangor | Pemuda PAS Kuala Selangor telah mendapat maklumat bahawa ada warga Kuala Selangor yang memerlukan bantuan segera. Justeru itu, Jabatan Amal Kuala Selangor sebagai sayap Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor terus menyediakan barang-barang keperluan yang diperlukan dan menghantar bantuan kepada pihak yang memerlukan tersebut.

Penerima pertama, Tuan J yang merupakan seorang jurukimpal, telah diberhentikan kerja beberapa bulan lepas dan sekarang ini isteri beliau pula sedang mengandung anak ke-2. Pemuda PAS Kuala Selangor juga sempat maklumkan mengenai beberapa inisiatif lain yang boleh dihubungi lagi pada masa akan datang sekiranya memerlukan.

Penerima kedua, Puan F dan suami pula berniaga di gerai nasi ayam sebelum ini. Dalam tempoh PKP di Negeri Selangor, perniagaan yang dijalankan hanya balik modal dan tidak mampu menampung isi rumah seramai 6 orang termasuk anak-anak yang masih bergantung kepada bekalan susu.

Sekiranya tuan puan mengalami kesulitan dan memerlukan bantuan dengan kadar segera, boleh hubungi Khidmat Malaysia Negeri Selangor di talian : 018-3705818.

Sekiranya ada berkemampuan dan ingin menyumbang, tuan puan boleh menyalurkan dana ke dalam akaun BIMB yang tertera di bawah. Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu ramai lagi individu yang terkesan di luar sana. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha ini.

Akaun : Jabatan Amal Kuala Selangor
No. Akaun : 12083010039440
Bank : Bank Islam

Terima kasih atas keprihatinan tuan-puan. InsyaAllah sumbangan tersebut akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor