Home Berita PAS Selangor

PAS Selayang bantu tak kira bangsa – YDP PAS Kawasan Selayang

6
SHARE

 

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Negara yang kini parah dengan serangan wabak Covid-19 yang telah melumpuhkan segala dan setiap insan yang terlibat tidak kira bangsa, kaum atau agama. Ada yang kehilangan sumber pendapatan, ada yang kehilangan ahli keluarga tersayang dan ada juga yang terputus terus bekalan makanan di rumah.

Tn Hj Zaidy Abdul Talib selaku YDP PAS Kawasan Selayang menyatakan dalam hantaran media sosial bahawa beliau telah menerima whatsapp di nombor hotline PAS Selayang, kata individu tersebut ” saya India boleh ke minta bantuan”. “Bukan kata India sahaja, semua bangsa kami bantu, Melayu, India dan Cina mana yang betul-betul memerlukan kami akan bantu”, jawab beliau.

May be an image of 1 person and standing

“Walaupun macam-macam orang cakap berkaitan PAS, orang Selayang kenal PAS bantu orang di sini macam mana kan”, ujar YDP PAS Selayang. Bagi orang di Selayang yang betul-betul memerlukan bantuan, boleh terus whatsapp ditalian : 013-3544400.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor