Home Berita PAS Selangor

PAS Subang terus bela kebajikan rakyat – PAS Kawasan Subang

14
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Subang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Subang | Bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Daerah Petaling dan beberapa daerah di Negeri Selangor, pasti ramai rakyat yang berasa perit dan menderita akibat perintah kawalan ini, namun kebajikan PAS Subang terus berjalan dalam membantu mereka yang terkesan melalui Program Food Basket PAS Selangor.

Kebajikan PAS Subang kali ini bersama Khidmat Malaysia Subang telah menyantuni penduduk SS19, Subang Jaya. Edaran Food Basket berlangsung di Padang kawasan lapang Flat SS19, diketuai oleh NYDP PAS Subang iaitu Tuan Haji Abdul Rahman. Turut turun padang adalah Tuan Hj Mohd Nasir selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Subang, Setiausaha PAS Cawangan SS19 Sdr Rosdi dan dibantu oleh anggota Jabatan Amal Subang. Seramai 25 buah keluarga terpilih telah menerima sumbangan daripada PAS Selangor ini.

Sebelum pada itu, PAS Cawangan Taman Puchong Perdana di Dun Kinrara juga telah melaksanakan tanggjawab sosial sama, dengan menyantuni beberapa buah keluarga yang benar-benar menderita dan terputus bekalan makanan. Mereka telah mengedarkan barangan keperluan asas harian kepada penerima hasil makluman orang ramai.

PAS Cawangan Taman Puchong Perdana telah menyediakan dana khas bantuan kepada mana-mana keluarga yang benar-benar memerlukan, sekitar Taman Puchong Perdana. Aktiviti kebajikan diketuai oleh Muslimat PAS Cawangan ini, tidak hanya digerakkan pada musim PKP sahaja, tetapi berterusan sepanjang tahun.

Kepada yang ingin menyumbang pada Tabung Khidmat Malaysia Subang, sila hubungi Saudara Tajul, 0192701055 dan kepada yang memerlukan bantuan sila hubungi Pn Basiroh, 0133839927 (whatsapp shj).

Semoga sumbangan tuan-tuan & puan-puan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Anda sumbang, kami agihkan”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor