Home Artikel PAS Perlis

Pemuda Bawa Semangat FASTAQIM Pulang Ke Perlis

446
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR: Perlis adalah negeri terkecil di Malaysia, namun begitu negeri ini telah melahirkan 2 tokoh hebat yang memegang jawatan sebagai Mursyidul Am PAS iaitu Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ( Mantan Mursyidul Am) dan Mursyidul Am PAS kini, Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin.

Berikut yang telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan ketika dihubungi semasa Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal semalam.

Beliau menegaskan Pemuda PAS Perlis sewajarnya memgambil peluang dan berbangga memiliki tokoh – tokoh agama yang hebat ini.

Menurut beliau, Perlis mempunyai 3 Parlimen dan 15 DUN, pada PRU ke 13 yang lalu, hanya DUN Sanglang sahaja dimenangi oleh PAS dan 4 DUN yang dimenangi oleh BN majoritinya di bawah 1,000 undi.

Beliau juga menyatakan bahawa,YB Pesuruhjaya yang juga ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli telah membuat kenyataan bahawa PAS Perlis akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN pada PRU ke 14 nanti sekaligus memberi isyarat bahawa PAS Perlis mempunyai ramai tokoh yang akan diketengahkan pada PRU nanti.

“Bagi Pemuda, kami menyokong penuh kenyataan YB Pesuruhjaya dan akan membantu PAS Perlis dengan kekuatan jentera Pemuda yang ada untuk merialisasikan impian beliau untuk berjaya menjadi pembangkang yang kuat dengan memenangi 7 daripada 8 kerusi DUN dan kerusi di Parlimen Arau.

“Pada bulan Oktober nanti,  Pemuda  akan turun ke tiga – tiga kawasan untuk berjumpa dengan jentera Pilihanraya Pemuda untuk menyusun dan membentuk kekuatan bagi menghadapi PRU ke 14 nanti,” ujarnya yang merasa gembira dan bersemangat hasil dari Himpunan Fastaqim 2.0 ini.

Muhamad Azmir menyatakan yang Pemuda sangat optimis dengan semangat himpunan mega yang baru berakhir ” FASTAQIM 2.0 ” dan berharap semangat ini akan menjadi motivasi untuk jentera disemua peringkat bekerja ke arah memenangkan PAS di Negeri Perlis.

Beliau juga turut mengingatkan pemuda bahawa keyakinan yang tinggi dengan janji Allah SWT dan gerak – kerja yang tersusun serta sabar dengan ujian adalah senjata yang ampuh bagi pendokong jemaah Islam PAS.

Beliau mengakhiri ucapan dengan berdoa agar Allah SWT menilai gerak – kerja yang  dilakukan sebagai amal soleh dan diberikan pahala yang sebaiknya sebagai bekalan untuk bertemu denganNya di Mahsyar nanti.