Home Artikel PAS Perlis

Muslimat Muda Perlis Siap Siaga Hadapi PRU 14.

387
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR: Muslimat Muda Perlis bersiap siaga menyahut seruan FASTAQIM 2.0.

Berikut perkara yang dinyatakan oleh pengarah setiap jabatan bagi 3 entiti yang berada di Muslimat Muda iaitu Ameerah Husna Hashim, Briged Muslimat Nur Izati Sharim dan Nusaibah Syazwani Abu Bakar.

“Persiapan yang perlu dipersiapkan bukanlah hanya dari sudut fizikal malah dari sudut mental dan rohani, yang mana perkara ini juga turut ditekankan oleh Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” Kata Husna Hashim.

Menurut beliau ikhlas adalah perkara yang paling susah dicapai melainkan melalui sistem pentarbiyahan yang sempurna yang perlu dilalui oleh setiap muslimat muda khususnya.

Beliau juga merasa sangat terharu dengan pengorbanan dan semangat ahli PAS di setiap peringkat yang mana mereka datang ke himpunan ini tanpa dibekalkan wang ringgit malah dikeluarkan sendiri dari poket mereka, ada yang datang menaiki bas terpaksa berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke tapak program dan  tidak kurang juga yang datang menaiki motosikal dan juga kenderaan sendiri.

Beliau yang juga Pengarah Ameerah Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ameerah Riders yang bertugas pada hari tersebut untuk mengangkut peserta yang berjalan kaki untuk sampai ke tapak program.

“70% daripada mereka yang hadir ke himpunan terdiri dari golongan muda yang mana menunjukkan isyarat yang jelas bahawa PAS masih dan akan sentiasa releven selagi mana matlamat yang diperjuangkan ialah Islam,

“Briged Muslimat yang sinonim dengan keselamatan petugas muslimat akan sentiasa sentiasa bersedia jika dipanggil bertugas,” tegas Izati menyatakan kesediaan beliau melalui wadah BM.

Akhirnya bagi Pengarah Nusaibah, Syazwani mengatakan walaupun bidang utama Nusaibah  untuk kebajikan umum tetapi beliau akan mengerahkan tenaga ahlinya untuk turut serta terlibat bagi memenangkan PAS pada PRU akan datang.

Beliau mengharapkan agar di kalangan Muslimat Muda dapat merapatkan ukhuwah sesama mereka walaupun ditugaskan dengan bidang yang berlainan.