Home Berita PAS Kedah

Pemimpin pandai buat kerja, rakyat juga bijak untuk memilih

194
SHARE

 

Sokongan kepada PAS di Kedah mula bertambah selepas parti itu mula mendapat tempat di hati rakyat semenjak Pilihanraya Umum 15 baru-baru ini. Begitulah kadaannya jika pemimpin pandai buat kerja, pasti rakyat juga bijak untuk memilih.

Oleh hal demikian, sudah ada kebangkitan, kesedaran di kalangan rakyat untuk mula menyertai PAS. Baru- baru ini juga PAS Pusat telah meluluskan seramai 3856 ahli baru yang mendaftar di bulan Februari.

Begitu juga yang berlaku di Sik, cawangan Pas yang ke-100 di Sik telah ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Banggol Dalam.

Menerusi facebook YB Ahmad Tarmizi beliau menyatakan telah berlaku penghijrahan ramai  bagi bersama menjadi ahli PAS dikalangan ahli- ahli veteran, orang- orang lama termasuk anak muda dari sebuah parti yang telah lama bertapak di kampung ini. Sebahagian mereka juga adalah yang belum menyertai mana- mana parti politik sebelum ini.

Menurutnya juga mereka yang mengisi borang menjadi ahli PAS ini berkata bahawa masa depan mereka dan kedudukan agama, bangsa dan negara lebih terjamin dibawah naungan PAS.

Turut menyertai bersama mereka menjadi ahli PAS, seorang nenek Khatijah Bt Salleh yang berumur 85 tahun. Borang beliau diisi oleh cucunya Saudara Abdul Noh yang juga dilantik sebagai Naib Ketua PAS Cawangan Kg Banggol Dalam.

YB Ahmad Tarmizi juga mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Saudara Nazri Yusof yang telah dipilih dan dilantik menjadi Ketua PAS cawangan Kg Banggol Dalam, ahli-ahli  jawatankuasa cawangan bersama seluruh ahli-ahli yang baru dan yang lama di Kampung Banggol Dalam untuk bersama menggerakkan PAS dalam medan siasah, kebajikan, dakwah dan tarbiah.