Home Berita PAS Perak

Pemimpin DAP Mahu Komunis Diiktiraf, Dihargai?

761
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
19 Ogos 2019 | 18 Zulhijjah 1440

“PEMIMPIN DAP MAHU KOMUNIS DIIKTIRAF, DIHARGAI?”

1. Ciapan seorang pemimpin DAP di akaun Twitter beliau bahawa mendiang datuknya adalah bekas perajurit yang mempertahankan negara semasa Perang Dunia Kedua telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dinyatakannya semasa penjajahan Jepun itu, mereka berkorban mempertahankan kedaulatan negara. Dijulangnya sebagai wira dan wirawati di mana sumbangan mereka wajib diberi penghargaan.

2. Bagi sesiapa sahaja atas Pengajian Malaysia atau Sejarah dipelajari, ciapan itu sangat memusykilkan kerana perajurit yang mempertahankan negara ketika itu adalah tentera dari Negara-negara Komanwel. Adapun tentera tempatan adalah dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan semuanya berketurunan Melayu. Kerana itu pelik bila Ahli Parlimen dari Perak ini menyatakan demikian.

3. Pihak lain adalah Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) dari pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) juga dipanggil Bintang Tiga yang menentang atas kebencian berhubung kait perang China-Jepun. Namun, MPAJA yang mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu selama 14 hari selepas kekalahan Jepun, telah menimbulkan huru-hara dan keganasan serta pembunuhan.

4. Natijah paling buruk ialah MPAJA atau Bintang Tiga yang terdiri dari ahli-ahli Parti Komunis Malaya ini telah meletuskan pertempuran perkauman khususnya antara orang Cina dengan Melayu hingga merenggangkan hubungan. Kini, adakah pemimpin DAP tersebut cuba mengapikan sentimen perkauman dengan menjulang terbuka mendiang datuknya sebagai bekas perajurit yang mempertahankan negara ini?

5. Persoalannya adakah ini episod lanjutan dari provokasi awal perlekehan ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai “hanya tahu makan dan tidur sahaja” oleh taikun pro-PH, Koon Yew Yin minggu lalu? Setelah martabat para perajurit sebenar negara ini direndahkan hingga mahu meletakkan mereka di ladang FELCRA mengganti warga asing, lalu tiba-tiba diangkat tinggi pihak yang bertindak sebaliknya.

6. Atas nama kasih sayang dan kecintaan kepada keluarga ia memberi hak untuk memberi perakuan peribadi terhadap perjuangan datuk nenek moyang atau generasi terdahulu. Namun sebagai ahli politik berkedudukan, kami khuatir ciapan itu menjadi isyarat awal untuk mewajarkan perjuangan Komunis. Apatah lagi menjadi ‘lobi’ untuk mendapatkan satu pengiktirafan negara sebagai jasa atau disahkan mereka.

7. Gelaran perajurit, wira dan wirawati negara serta terma mempertahankan kedaulatan negara ini serta penghargaan yang diberi adalah hak eksklusif dan nilai tidak boleh disetarakan dengan MPAJA dan PKM. Paling dikesalkan, lontaran terbuka itu sudah membayangkan secara halus ketidaksetiaan sebagai warganegara terhadap tonggak-tonggak penting pejuang dan perjuangan negara ini.

8. Demikian itu, kami menggesa pemimpin berkenaan tampil menyatakan secara terang dan jujur tujuannya membuat ciapan berbau rasis dan mungkin merangka satu gerakan berkaitan yang kami sebutkan. Atas sebarang tindakan untuk memperakui atau mengiktiraf perjuangan berkaitan sebagai mempertahankan negara tidak dapat diterima sama sekali, apatah lagi cuba memberi penghargaan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB HAJI RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
ADUN Gunung Semanggol

https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12582-pemimpin-dap-mahu-komunis-diiktiraf-dihargai

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2424347004297353&id=117086798356730