Home Kenyataan Media PAS Perlis

PAS Perlis Pertahan Zakir Naik

292 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS
PAS PERLIS PERTAHAN ZAKIR NAIK

1. Tindakan menghalang Zakir Naik untuk menyampaikan pidato dakwahnya di Perlis amat mengecewakan umat Islam seluruhnya.

2. Namun, PAS menghormati keputusan pihak polis membatalkan ceramah beliau disebabkan desakan oleh pihak tertentu bagi mengelakkan ketegangan kaum.

3. Kita dapat melihat, bagaimana Bangsa DAP menjadi punca kepada ketegangan ini. Dan terserlah keakuran kepimpinan Islam dalam Pakatan Harapan kepada desakan tersebut. PAS akan menjadi benteng kepada Islam dalam apa jua keadaan pun.

4. PAS berharap tindakan tegas dan adil juga harus diambil terhadap kenyataan mana-mana individu yang bersifat perkauman, penghinaan terhadap nabi, kes kematian Adib, dan sindiran kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

5. PAS Perlis bersedia memimpin penyatuan ummah dikalangan parti-parti politik dan NGO untuk mempertahankan pendakwah terkenal dari negara India tersebut.

6. PAS Perlis menyeru seluruh umat Islam merapatkan saf demi kedaulatan Islam. Kita akan pertahankan Islam dari dibuli di Malaysia. Fenomena Islam Dibuli semakin rancak di Malaysia!

Yang Bertanggungjawab
YB MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
19 Ogos 2019M / 18 Zulhijjah 1440H