Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Artikel | Melaksanakan yang lebih utama dari beberapa perkara dalam senarai keutamaan adalah diantara ciri pemimpin yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ilmu dan kefahaman berkaitan fiqh keutamaan ini adalah suatu ilmu yang melengkapkan ciri kepimpinan Islam dalam mengurus dan mendatdbir untuk membuat pilihan dan keputusan.
Kesilapan umat Islam masa kini terutama kepada yang mereka yang memegang amanah sebagai pemimpin negara bukan memberi kesan impak yang sedikit, bahkan ia mampu membentuk suatu fenomena ke arah suatu keadaan baru dan mengubah lanskap kehidupan rakyat seterusnya. Samada ianya menuju ke gelombang manfaat atau gelombang mudharat. Maka itu pertimbangan yang adil dengan suasana adalah suatu tuntutan dan tanggungjawab besar kepada kelompok pemimpin.
Syabas kepada pemimpin-pemimpin PAS terutamanya yang berada dalam kerajaan ketika ini, masih dan terus menyeru ahli dan rakyat untuk memahami keadaan semasa. Inilah petunjuk bahawa pemimpin PAS sangat konsisten dan bertanggungjawab dalam menjaga amanah rakyat kepada mereka. Seruan untuk kita semua berpadu memberi sokongan, dukungan dan penumpuan secara konsisten kepada usaha kerajaan dalam Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara adalah suatu seruan besar yang perlu disambut oleh semua rakyat Malaysia.
Buktikan kepada diri kita sendiri, keluarga kita, jiran tetangga kita bahkan masyarakat umumnya bahawa kita adalah warganegara Malaysia yang benar-benar menginginkan negara kita kembali pulih, sihat dan selamat untuk kita meneruskan kehidupan seperti sebelum wabak COVID19 ini mengganas. Beri sokongan secara total dan dukungan tanpa syarat kepada pemimpin negara yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh berintegriti.
Semoga perpaduan antara pemimpin dan rakyat ini, mengundang kasih sayang dan rahmat Allah SWT untuk mengizinkan kita kembali semula menghirup udara yang aman, umumnya di Malaysia dan khususnya di Selangor yang kita sayangi
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor