Home Berita PAS Selangor

Rakyat Kapar sentiasa diberi perhatian tak kira bangsa – YDP PAS Kapar

11
SHARE

May be an image of standing and road

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Oleh itu, semangat kebersamaan yang mendalam tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit telah dapat dipupuk menerusi perpaduan kaum yang dibina sepanjang pembentukan negara bangsa Malaysia.

PAS Kawasan Kapar menjalankan misi bantuan mereka secara terus menerus dan istiqamah dalam membantu semua rakyat yang berada dalam kesusahan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama

YDP PAS Kapar, Ust Noor Najhan Salleh telah menyampaikan bantuan pek makanan buat seorang penduduk tempatan. Menurut beliau, tidak terbayang betapa gembiranya Uncle Tehvaraj ini apabila mendapat bantuan.

Mari sama-sama kita bantu mereka dengan menyalurkan sedikit sumbangan agar dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Semoga sedikit kerisauan atau beban yang dipikul oleh mereka diringankan sedikit dalam mengharungi musim pandemik Covid-19 ini dengan lebih tabah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor