Home Berita PAS Selangor

Herd immunity : Kita semakin hampir – Ketua DPPK Hulu Langat

11
SHARE

May be an image of 1 person, standing and text that says "Terbitan oleh: Nümed DPPHL SARS-COV-2 1n Coronavirus Vaccine COVID-19 SAR viậi ntNMA ARS-CoV-2 ARS-CoV-2 Coronaviru Vaccine faccine Coronavirus OVID-1 스합참이 HERD IMMUNITY KITA SEMAKIN HAMPIR ZURK AHMAD Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Hulu Langat 08 Julai 2021 28 Zulkaedah 1442H f Pemuda PAS Hulu Langat @pemudahululangat Pemuda PAS Hulu Langat Hangat Studios"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Pemuda PAS Dewan Pemuda PAS Hulu Langat

Artikel | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 7 Julai 2021 ialah 10,036,361 dos. 375,842 dos pada 7 Julai, yang tertinggi setakat ini. Lebih 75 ribu dos daripada jangkaan mengikut perancangan. Dan ia dijangka meningkat sehingga 400 ribu dos sehari dalam masa terdekat.

Jumlah yg terima dos pertama ialah 6,999,554 orang. Daripada jumlah itu, 3,036,807 orang juga terima dos kedua.

Dengan izin Allah, mengikut jadual yang telah dirancang oleh kerajaan melalui PICK, negara kita akan mencapai tahap 80% Herd Immunity pada sekitar Oktober 2021.

InsyaAllah, kita akan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas itu.

Kerajaan sedang berusaha dengan seluruh keupayaan yang ada bagi memberikan yang terbaik buat rakyat.

Apa peranan kita?

Marilah sama-sama kita membantu berdasarkan posisi masing-masing. Ketua keluarga menasihati ahli keluarga. Ketua masyarakat memberikan maklumat yang tepat dalam menasihati mereka.

Kerajaan negeri melalui CITF perlu lebih agresif membantu PICK membuka lebih banyak PPV sekaligus membantu mempercepatkan proses vaksinasi.

Kejayaan tidak akan datang dengan hanya menuding jari. Ia pasti hadir dengan kesungguhan dan kerjasama melalui sekecil-kecil peranan sehinggalah sebesar-besar amanah dan tanggungjawab.

Ini usaha kita bersama. Kita pasti akan menang bersama!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor