ALOR SETAR, 23 MAC – Telah selesai Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-57 yang berlangsung pada Sabtu lepas di Dewan SRITI Al-Akhlak Al-Islamiah Guar Chempedak. Muktamar kali ini melibatkan sesi pemilihan lantikan tanzim kepimpinan yang baru.
Keputusan penuh bagi pemilihan lantikan tanzim kepimpinan yang baru ini telah diumumkan.
Berikut adalah keputusan penuh Pemilihan Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah 2023-2025:
Ketua Pemuda
- Ustaz Nasrun Bin Othman Abu Mujahid Own
Timbalan Ketua Pemuda
- Ustaz Mohd Aizat Bin Zakaria
Naib Ketua Pemuda
- Ustaz Saiful Syazwan Bin Shafie
10 Orang Ahli Jawatankuasa yang terpilih seperti berikut :
- Mohd Saifuddin bin Hassan
- Mohd Ikrom Zaki bin Mohamad
- Ahmad hamadah bin Mohamad Shauki
- Adnan bin Yusof
- Mohd Noor Rahimin bin Abd Rahim
- Majdi bin Husain
- Wan Mohd Amirul Asyraf bin Wan Kamarzaman
- Muhammad Aminur Syafiq bin Mohamad Abduh
- Ilyas bin Ahmad
- Md Shukri bin Sawai
Pengerusi Tetap
- Ustaz Mohd Subky Sulaiman
Timbalan Pengerusi Tetap
- Ustaz Mohamad Roshidi Mohd Arof
Kepimpinan pada kali ini telah memilih tema “Pemuda Sejahtera Menggandakan Kemenangan” sebagai azam untuk menggandakan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri yang ke-15 yang dijangkakan akan berlaku serentak pada Ogos ini melibatkan Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor bagi mengelakkan politiking berterusan dalam negara.
Majlis telah dirasmikan oleh Yb Dato’ Ustaz Ahmad bin Yahaya Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Dalam ucapan perasmian, beliau berpesan untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana segala kekuatan datang daripadaNYA.
“Segagah mana bekerja, sekuat mana mental dan fizikal, harus diingat segala kekuatan itu hadir daripada Allah SWT.”
“Jadilah Anak Muda yang mendekatkan diri dengan Allah, menjaga solat, membaca Al-Quran dan menghiasi sifat-sifat mahmudah yang dituntut, inilah kekuatan sebenarnya yang perlu dibina kepada kepimpinan yang baru” pesannya.
Manakala mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid merangkap Ahli Parlimen Padang Terap turut menasihatkan agar sentiasa menjaga keharmonian dalam gerak kerja dan kelangsungan kepimpinan kerana itulah teras perjuangan.
Oleh itu, di kesempatan ini Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua kepimpinan baru. Selamat menjalankan amanah ini dengan sebaiknya dan didoakan agar semua sentiasa dalam keredhaannya.