Home Berita PAS Pulau Pinang

Pemerkasaan Pasukan Media Baru PAS Pulau Pinang Mendepani Cabaran PRU 14

868
SHARE

PONGSU SERIBU, 14 Mei 2017 : Jelajah Rangsangan IT (JerIT) peringkat negeri Pulau Pinang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Pongsu Seribu, Pulau Pinang.

Program anjuran Jabatan IT Negeri Pulau Pinang ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IT PAS Pusat, Saudara Wan Asrul Effendi Mohamad.

Antara objektif program JerIT ini adalah untuk memberi pencerahan dan kesedaran tentang kepentingan data raya (Big Data) yang merangkumi aplikasi data (DataApps) serta Media Baru & Multimedia (MBMM) dalam menghadapi PRU 14 khususnya di Pulau Pinang.Program ini turut memberi penekanan dalam kaedah penulisan dan pemberitaan haraki yang tepat dan menarik.

Program ini melibatkan wakil-wakil Lajnah IT,Penerangan dan jentera Pilihan Raya bagi setiap Kawasan dan Dewan-Dewan di Pulau Pinang yang dilihat dapat memantap dan memperkasa Media Baru Pulau Pinang dalam menghadapi PRU 14 nanti.

{jathumbnail off}