Home Berita PAS Wilayah

Pemerkasaan baitul muslim mengukuhkan harakah Islamiah

Oleh Dhiya' Muttmainnah

240
SHARE

BATU, 26 Mac: Keluarga yang utuh dan berasaskan prinsip tauhid menjadi sandaran penting bagi mengukuhkan kelansungan perjuangan Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dalam ucapannya sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan kali ke-40 pagi ini berkata,

“Mana mungkin kita bercakap soal daulah Islamiah tanpa kita melihat kepada pembinaan keluarga Islam dan masyarakat Islam sebagai tapak ke arah negara yang sejahtera bersama Islam.”

Sehubungan itu beliau turut mengingatkan bahawa pemerkasaan baitul muslim bukan sahaja melalui bantuan mencari jodoh malah termasuk aspek mendalami ilmu komunikasi antara suami isteri, psikologi perkahwinan, kewangan rumah tangga, keibubapaan, pendidikan anak-anak dan perkara lain yang berkaitan.

“Pemerkasaan baitul muslim ini juga adalah termasuk aspek membangunkan lelaki Qawwam sebagai suami soleh serta membentuk isteri cerdik dan solehah yang lebih ramai,” ujar beliau lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa Harakah Islamiah harus terus unggul dalam usaha ini agar kelansungan generasi pendukung agama Allah akan terus menjadi mata-mata rantai perjuangan Islam.