KENYATAAN MEDIA
Pesuruhjaya PAS Perak
20 Mei 2017 | 23 Sya’ban 1438
PEMERGIAN PERMATA BERHARGA PAS DIRASAI
Badan Perhubungan PAS Perak merakamkan ucapan takziah buat isteri dan ahli keluarga Almarhum Prof. Dr. Khazani Abdullah atas pemergian Allahyarham bertemu Maha Pencipta.
Semoga Almarhum ditempatkan bersama golongan hamba yang Allah SWT yang dianugerahkan keredhaanNya.
Pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat PAS atas sumbangan idea dan strategi terutama dalam memastikan keberjayaan BPMS yang diaplikasikan sehingga kini.
Sumbangannya dapat memperkukuhkan PAS dalam mendepani politik semasa tanahair yang makin mencabar.
Kehilangan peranaan serta sumbangan kemahiran Almarhum diharap dapat diwaris oleh generasi penggerak gerakan dakwah serta menjadi satu kebaikan kepada Islam.
Semoga pihak keluarga Almarhum bersabar atas kehilangan ini.
Sekian, terima kasih.
“Sejahtera Bersama Islam”
“PAS Memimpin Perubahan”
Haji Razman Haji Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak
{jathumbnail off}