Home Artikel PAS Perak

Prof Dr Khazani : Permata Ummah Inspirasi Pemuda

598
SHARE

 

Prof Dr Khazani : Permata Ummah Inspirasi Pemuda


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakyat Malaysia diatas pemergian Allahyarham Professor Doktor Mohamad Khazani Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi, 20 Mei 2017 hari ini.

Allahyarham Prof Dr Khazani merupakan Pengarah Institut Strategi PAS (ISP) merupakan salah seorang arkitek utama dalam terhasilnya Wawasan Induk Negara (WIN) juga Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Bintang ini pernah dinobatkan sebagai Saintis Muda Kebangsaan pada 2001 dan merupakan pengasas bagi ILMUWAN juga SRITI Bangi. Keilmuan dalam bidang gentian optik diiktiraf negara malahan dunia.

Allahyarham Prof Dr Khazani seorang profesional, ahli akademik malahan ahli politik yang sukar dicari ganti. Beliau tokoh menjadi Inspirasi anak muda dalam bidang akademik dan perjuangan gerakan Islam. Pemergiannya amat dirasai.

InsyaAllah jenazah akan disembahyangkan di Masjid Hasanah selepas solat Zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Merab. Semoga Allahyarham Prof Dr Khazani ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

_”Sejahtera Bersama Islam”_
_”Mara Menuju Cita”_
_”Sedia Memerintah”_

Mohd Akmal Hj Kamaruddin
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak

23 Syaaban 1438H /20 Mei 2017