Home Kenyataan Media Presiden PAS

Pembentukan Kabinet Permulaan Yang Baik

4886
SHARE


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PEMBENTUKAN KABINET PERMULAAN YANG BAIK

قالَت إِحداهُما يا أَبَتِ استَأجِرهُ ۖ إِنَّ خَيرَ مَنِ استَأجَرتَ القَوِيُّ الأَمينُ

“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai”. (Surah Al-Qasas: 26)

1. PAS manyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri
dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini, demi membawa kebaikan kepada
negara dan rakyat.

2. PAS menyifatkan pembentukan Kabinet ini dilakukan secara berhemat dengan
mengambil kira aspek integriti dan kelayakan, serta keseimbangan di antara wilayah dan
masyarakat majmuk untuk memastikan mutu perkhidmatan yang baik oleh pihak
kerajaan.

3. PAS turut berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh YAB Perdana Menteri kepada kami dan akan berusaha untuk menunaikan kewajipan ini dengan pertolongan Allah, serta mengharapkan kerjasama daripada penjawat awam dan rakyat
keseluruhannya.

4. PAS berikrar akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya, dan bersedia
untuk menerima pandangan positif daripada semua pihak, khususnya kalangan ahli
akademik, profesional dan tokoh masyarakat yang berkebolehan untuk membantu
membangunkan negara yang tercinta.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 14 Rajab 1441 / 9 Mac 2020