Home Berita PAS Kedah

Pembangunan Insan antara fokus utama kerajaan negeri

24
SHARE

ALOR SETAR, 28 Sept – Pembangunan insan adalah antara strategi utama kerajaan negeri untuk membangunkan negeri Kedah dalam Pelan Kedah 2035 melalui Teras 4, ‘Keseimbangan Modal Insan dan Bakat’.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, banyak aktiviti dan program yang tidak dapat dilaksanakan akibat kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelbagai program yang telah dirancang dan disesuaikan untuk dilaksanakan. Antaranya, Program Kursus Pemantapan Jati Diri Anak Muda. Yang kedua, Program Semarak Ar-Rayyan yang diadakan pada bulan Ramadhan, Program Semarak Al Furqan dilaksanakan di dalam maya. Program seterusnya, Program Pembangunan Jati Diri bersama warga Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Pokok Sena.

“Seterusnya, Program Pembangunan Insan Melalui Program Teknousahawan Tahfiz Untuk Pusat Pengajian Maahad Tahfiz di Daerah Sik dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA, Sik.

“Seterusnya, program kapsul rohani rakaman untuk slot Femina di radio Kedahfm. Akan disiarkan berkala dan Program Malam Generasi Pewaris Malaysia Sejahtera 2021 sempena 31 Ogos baru-baru ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Mohd Salim Mahmood di Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Penggal Keempat DUN kali ke-14 di Wisma Darul Aman, minggu lalu.

Tambahnya lagi, Pembangunan Insan juga melaksanakan program Vaksin Rohani yang telah bèrmula sejak 05 Ogos 2021 yang menampilkan penceramah yang hebat untuk berkongsi pelbagai perkongsian bertemakan pembangunan insan melalui aplikasi live Facebook, Google Meet dan Zoom.

Sumber – Urus Setia Penerangan Darul Aman