Home Artikel PAS Wilayah

Penduduk PPR Sentul Murni terima sumbangan Aidilfitri

45
SHARE

WANGSA MAJU, 09 Mei – Kira-kira 100 orang warga Projek Perumahan Rakyat Sentul Murni di sini menerima sumbangan semalam, di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh kepada penerima yang terdiri daripada asnaf, Ibu tunggal dan fakir miskin.

“Sumbangan yang kita sampaikan ini diharapkan sedikit sebanyak meringankan beban kepada mereka yang terlibat lebih-lebih lagi menjelang hari raya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi,” ujarnya.

Sumbangan yang diberikan kepada penduduk yang terlibat berbentuk barang keperluan harian.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penasihat DBKL, Ustaz Azhar Yahya, Timbalan Pengerusi MPPWP Zon Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Pengerusi Persatuan PPR Sentul Murni, Encik Zaini dan wakil Muslim Care Malaysia, Cik Zuriati.