Home Berita PAS Melaka

Pemakluman Berita Palsu Terkini Oleh MKN

841
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Ketua Polis Daerah Maran, Pahang menafikan bahawa Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di kawasan Felda Jengka 17 dan menjelaskan bahawa pihaknya hanya melaksanakan Perintah Kawalan Keselamatan Lokaliti (PKKL) di kawasan tersebut dengan penekanan terhadap pemantauan menyeluruh ekoran terdapat satu kes positif COVID-19 di kawasan itu.

2. Air Asia Group Berhad menafikan dakwaan pihaknya ada menubuhkan sebuah yayasan lain selain daripada AirAsia Foundation dan menjelaskan bahawa Tony Fernandes Foundation tidak ada sebarang kaitan dengan Air Asia atau Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Pasukan Respon Pantas  
KKMM 
14 April 2020│3.00 Petang 
Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)


Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.

Editor Wartawan Rakyat Melaka