Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pelihara Institusi Kekeluargaan – Pesanan Tegas Mufti kepada Muslimat

2266
SHARE

PUTRAJAYA : Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) diketuai Ketua, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengadakan Kunjung Hormat Mufti Wilayah Persekutuan di Pejabat Mufti WP.

Turut bersama Timbalan Ketua, Dr. Rosni Adam serta Naib Ketua, Puan Salamiah Mohd Nor.

Perbincangan selama lebih kurang dua jam dimulai dengan pengenalan tentang Pejabat Mufti WP, bidang tugas dan portfolio yang berkaitan.

Pelbagai isu dikongsi berkenaan uslub dakwah kontemporari seperti fiqh al-ta’ayush, fiqh al-taysir, kesenian, husn mu’amalah, fiqh al-waqi’ dan juga fungsi institusi kefatwaan dalam bidang dakwah.

 

Pertanyaan tentang isu semasa dijawab dengan penuh tenang dan hikmah daripada Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Kita melihat pelbagai masalah yang berlaku sekarang segalanya kena kembali kepada asas iaitu istitusi kekeluargaan.

“Bagaimana ibu bapa berperanan untuk membentuk anak-anak dan sebuah keluarga yang mengamalkan Islam di dalamnya”, tegas beliau apabila ditanya tentang masalah yang banyak berlaku zaman ini.

Beliau juga menyebut tentang 3 perkara penting dalam pembentukan anak-anak menurut Abdullah Nasih Ulwan.

Jelasnya, pembentukan anak-anak berhubung kait dengan tiga institusi; pertama keluarga dan ibu bapa yang membentuk adab dan akhlak anak-anak

Tambahnya perkara kedua adalah masjid tempat untuk membina spiritual (ruhani) anak-anak.

Akhirnya ujar beliau, sekolah untuk membentuk intelektual serta emosi anak-anak. Ketiga-tiganya berperanan dalam pendidikan dan pembentukan anak-anak.

Mengakhiri pertemuan dengan pesanan ringkas agar Dewan Muslimat PAS Malaysia tidak terikut-ikut dengan masalah sampingan yang tidak berkaitan serta menumpukan sepenuhnya kepada tanggungjawab yang lebih besar kepada ummat seluruhnya.