Home Artikel PAS Perak

Back To School PAS Bukit Gantang bantu ringankan beban ibubapa

39 views
SHARE

Oleh :Ez

BUKIT GANTANG, 25 Disember : Sempena musim persekolahan yang bakal menjelang tiba, Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Bukit Gantang dan Pusat Khidmat PAS Bukit Gantang telah mengambil inisiatif mengadakan program ‘Back To School’, sebuah program yang dibuat khusus untuk memberi bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Program ini menyasarkan penerima daripada keluarga miskin , anak yatim ,OKU dan yang kurang bernasib baik .

Ia dilangsungkan dengan melibatkan seramai 840 penerima sumbangan berupa beg sekolah dan peralatan sekolah yang bermula sejak 12 Disember yang lalu dan berakhir pada 24 Disember baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan ibu bapa terutama menjelang sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Dengan adanya sumbangan kecil ini, saya berharap anak-anak penerima dapat belajar dengan lebih tekun lagi supaya menjadi bijak pandai dan dapat membantu ibu bapa apabila telah dewasa kelak.

“Pihak kami (PAS) pula akan terus membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Back-To-School’ yang diadakan secara berperingkat di 17 lokasi berlainan di dalam zon Changkat Jering , Kuala Sepetang dan Trong.

Hadir sama dalam program ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Ketua Lajnah Pendidikan PAS Bukit Gantang , Encik Azmi Said , pimpinan kawasan , pemuda dan muslimat.