Home Berita PAS Pahang

Pelbagai agensi Maran jayakan demonstrasi pengurusan banjir

58
SHARE

OLEH: ROSLI DAHARI

CHENOR, 30 Nov. :: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Latihan Amal Pengurusan Bencana Banjir Pelbagai Agensi D-Mex 2021 di sini semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato’ Sri Ismail Abd Mutalib.

Program anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Maran itu bermula hari Sabtu lalu berakhir petang semalam.

Sebelum itu, satu demontrasi pengurusan dan menyelamat mangsa banjir telah diadakan.

Demontrasi yang  mengambarkan susana banjir sedang berlaku dan bagaimana agensi terlibat menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir menggunakan bot dan helikopter ke tempat selamat telah dipertontonkan.

Latihan amal pengurusan bencana banjir itu telah disertai oleh pelbagai agensi Daerah Maran. Antara agensi terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah, Ibu Pejabat Polis, NADMA, Pejabat Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKR, Jabatan Penerangan, PAIP, Jabatan Parit dan Saliran, Koleksi Komuniti Maran, APM, Rela, TNB, Telekom,  Pejabat UMNO Maran, CTC, CBC, Pejabat Parlimen Maran, Pejabat Penghulu, Jabatan Amal Malaysia dan penduduk tempatan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB Dato’ Abd Rahim Muda, ADN Luit YB Mohd Sofian Abd Jalil dan lain-lain tetamu terhormat.

=========================