Home Berita PAS Kedah

Pelancongan di Kuala Kedah

814
SHARE

Dalam perbahasan jawatankuasa belanjawan 2023 bekalan pembangunan 31 Kementerian Pelancongan Seni & Budaya.

Saya telah menyoalkan tentang manifestasi kerajaan untuk menjadikan Kuala Kedah sebagai pusat destinasi pelancongan masakan laut di Malaysia.

Dengan sumber warisan dan tarikan semulajadi yang pelbagai di samping kemudahan infrastruktur berkaitan yang baik. Kuala Kedah mempunyai potensi yang amat besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan yang baru.

Justeru, pembangunan Kuala Kedah sebagai satu destinasi pelancongan mampu menyumbang manfaat dan faedah yang dapat membantu penduduk setempat terutamanya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Kuala Kedah juga merupakan kawasan perkampungan nelayan yang didiami di sekitar laut. Nelayan-nelayan ini menangkap ikan di sekitar perairan.

Kemudahan untuk memperoleh makanan laut menjadi satu kelebihan kepada penduduk di sini.

Oleh itu, kerajaan seharusnya memberikan bantuan kemahiran dan idea untuk membantu para nelayan dan penduduk sekitar menarik pelancong ke Kuala Kedah menjadikan destinasi pelancongan masakan laut secara rasminya.

Dihadapan ahli berhormat yang lain, secara serius saya menegaskan agar Kementerian Pelancongan Seni & Budaya patut mengambil berat terhadap pembahasan saya ini. Kuala Kedah seharusnya mendapat hak sebagai destinasi pelancongan seperti beberapa buah tempat terkenal yang lain!

“Nafas Baru Kuala Kedah”

“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”

YB Dr. Ahmad Fakhruddin

Ahli Parlimen Kuala Kedah