Home Berita PAS Kedah

Pelancaran MBAS Tv dan Aplikasi Smart Parking yang diterajui oleh FlexiParking

126
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,21 MAC – Telah berlangsungnya Pelancaran MBAS Tv dan Aplikasi Smart Parking yang diterajui oleh FlexiParking pada 20 Mac 2023 bertempat di Kolam Renang MBAS.

Program ini bertujuan untuk memudahkan lagi sistem pembayaran parkir di sekitar Bandar Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Kedah.

Majlis pelancaran program ini telah dirasmikann oleh YB Dato’Dr Mohd Hayati Othman. Beliau berkata dengan adanya sistem ini, akan menyemarakkan lagi usaha kerajaan Negeri Kedah yang memfokuskan kepada agenda membudayakan penggunaan pembayaran pembayaran elektronik (e-pembayaran).

“Program ini juga secara tidak langsung menyemarakkan lagi usaha kerajaan negeri Kedah mempromosikan ‘Kedah Cashless’ yang dilancarkan oleh YAB Menteri Besar baru-baru ini.”ujarnya

Turut hadir YB Dato Wan Romaini, EXCO Penerangan dan Teknologi Maklumat bersama beramah mesra dengan pengamal media tempatan yang banyak membantu penyebaran maklumat berkaitan perkembangan negeri Kedah.

Dalam satu catatan di facebook Zulkifli Ismail, beliau membuat perbandingan sebelum dan selepas menggunakan FlexiParking. Di bawah adalah perbandingan sebelum dan selepas menggunakan Aplikasi Smart Parking yang diterajui oleh FlexiParking.

Sebelum penggunaan FlexiParking:

  1. Masalah wang syiling tidak mencukupi
  2. Masalah mesin pembayaran parking yang tidak berfungsi
  3. Masalah membayar parkir tidak mencukupi sebagai contoh; memasukkkan duit untuk penggunaan selama 2 jam. Selepas 2 jam urusan belum selesai.

Selepas penggunaan FlexiParking

  1. Tak perlu mencari syiling lagi
  2. Membuat bayaran parkir menjadi lebih mudah.
  3. Tiada lagi masalah perlu berlari ke kereta untuk penambahan masa parkir