Home Berita PAS Kedah

Pelajar 10A+ SPM terima komputer riba

192
SHARE

PENDANG – Seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang 10A+ menerima sumbangan komputer riba percuma daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang dan Tokai, semalam.

Nurul Hana Abdul Halim, 17 pelajar daripada Sekolah Model Khas Bukit Jenun, menerima sumbangan komputer riba daripada Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim dan ADUN Tokai, YB Dr Hayati Othman.

Selain itu, seorang pelajar cemerlang SPM 11A yang juga merupakan pelajar kedua terbaik dalam daerah Pendang, Najwa Hashim daripada Maktab Mahmud Pendang, turut menerima sumbangan komputer riba.