Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pejuang Tanpa Nama, Damailah Dikau di Sana

1417
SHARE

Lewat malam semalam, 24 Julai 2018, kita menerima berita pemergian salah seorang bekas wartawan Harakah, Nazirah Nasrun, 38 tahun.

Al Marhumah sangat komited dengan tugasan dan sering kelihatan bersama rakan seperjuangannya, Nur Hasmira membuat liputan di program-program besar PAS.

Diberitakan Al Marhumah terpaksa berhenti kerja demi untuk menjaga bonda di kampung, besar pengorbanan dan kasih seorang anak terhadap ibunya.

Dengan penuh hiba, kami seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat keluarga Al Marhumah atas pemergian ini.

Semoga pahala berpanjangan daripada tulisannya mengalir dan menjadi saham dia di sana nanti.

Sesungguhnya kehilangan ini memberikan 1,001 makna buat kita yang masih hidup agar tidak membuang masa dan hanya berpeluk tubuh. Laksanakan amanah yang kita pikul sebaiknya walaupun hanya kerja belakang tabir kerana Allah S.W.T setiap usaha dan kerja buat kita.

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Julai 2018 bersamaan 12 Zulkaedah 1439