Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

1MDB Masih Dalam Siasatan!

954
SHARE

1MDB Masih Dalam Siasatan!

Jawapan bertulis YB Menteri terhadap soalan YB Kota Bharu bertarikh 24hb Julai 2018 berkaitan 1MDB sangat ringkas dan menimbulkan banyak persoalan.

YB Kota Bharu bertanya minta Perdana Menteri menyatakan

a) apa status terkini siasatan kes skandal 1MDB; dan

b) adakah Kerajaan bercadang supaya kes 1MDB disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jawapan oleh YB Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ialah

a) Untuk makluman YB Kota Bharu, siasatan terhadap kes 1MDB masih lagi dijalankan terutamanya kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi seperti yang diketahui umum.

b) Pihak PMO akan bagi input.

Ulasan saya, jika 1MDB masih dalam siasatan kenapa gegak gempitanya seolah kesalahan telah berlaku dan hukumannya telah dijatuhkan sebagai bersalah? Bagaimana prinsip keadilan “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” ?

Kenapa jawapan tuntas tidak dapat diberikan segera samada bersedia atau tidak untuk membuat RCI terhadap 1MDB?

Dr Khairuddin Takiri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2079524392057580&id=569086473101387