Home Berita PAS Perak

Pegangan Al-Quran, As-Sunnah kekuatan wanita PN Perak

26
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

TELUK INTAN: Dewan Muslimat PAS Negeri Perak menetapkan enam resolusi sebagai ‘bekal’ pemangkin gerak kerja muslimat khususnya sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Perak, Ustazah Hasna’ Abd Samad menyampaikan ucapan itu dalam sesi ucapan penangguhan sempena Muktamar tahunan DMPN kali ke-59 di KOMPASTI, baru-baru ini.

Pertama ucapnya, Muslimat hendaklah konited melaksanakan kerja-kerja dakwah di Kawasan masing-masing kerana PAS bergerak melalui tiga dimensi utama iaitu dakwah, tarbiyah dan siyasah.

Jelasnya ia juga berpandukan firman Allah SWT di dalam Surah Ali umran ayat ke-104 bahawa setiap di antara kita bergelar pendakwah yang seharusnya menjadi mata, telinga dan lidah dalam perjuangan.

Kedua katanya, Muslimat mestilah meyakini bahawa antara asbab kepada kemenangan adalah dengan penyatuan ummah di mana perlunya usaha mendalami ilmu merangkumi tauhid, feqah dan tasawuf sebagai benteng diri.

“(Ketiga) Persiapan Muslimat untuk Perikatan Nasional memerlukan pendekatan menyeluruh Islam sebagai Ad Din yang syumul. Perpaduan dan enyatuan ummah bukan sekadar retorik kosong.

“Ianya perlu berasaskan Al Quran dan Sunnah dalam memastikan kerjasama bersama Wanita PN terus utuh,” tegasnya yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita PN Perak.