Home Kenyataan Media PAS Perlis

Patuhi SOP MAIPs dan MKN

320
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
PATUHI SOP MAIPs DAN MKN

 

1. Menjunjung Titah Duli Yang Teramat Mulis Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Berkaitan SOP Pengimarahan Aidilfitri 1442H/2021M di Negeri Perlis, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) membuat keputusan bahawa Solat Aidilfitri hendaklah dilaksanakan di masjid atau mana-mana lokasi yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa agama di negeri ini sahaja.

2. Sehubungan dengan itu, sebarang aktiviti Solat Aidilfitri di markas dan surau parti adalah tidak dibenarkan.

3. BPPNPs juga menyeru semua pihak, khasnya ahli PAS agar turut mematuhi SOP yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai 12 Mei hingga 7 Jun nanti bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
11 Mei 2021 | 29 Ramadan 1442H