Home Artikel PAS Melaka

Pasukan PAS Taman Sri Aman juara kejohanan futsal Armada DUN Air Limau

357
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 16 Sept : Pasukan futsal PAS Taman Sri Aman Masjid Tanah telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Futsal anjuran Armada Bersatu Dun Air Limau yang berlangsung di padang futsal Paya Lebar, di sini pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Dun (JPrD) PAS Air Limau, Arshad Md Som, PAS telah menghantar tiga pasukan iaitu Pasukan Taman Sri Aman, Pasukan Taman Sri Jeram Perdana dan Pasukan Taman Paya Rumput.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah berkata penyertaan yang dihantar oleh PAS Masjid Tanah ini sebagai tanda sokongan terhadap program anjuran Bersatu yang merupakan rakan dalam Perikatan Nasional.

“Saya juga berasa bangga dengan pencapaian pasukan kita yang berjaya menjadi johan. Kita berharap akan ada banyak lagi program seperti ini akan dijalankan pada masa akan datang.

“Program seperti ini penting supaya golongan muda ini dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti yang sihat dan berfaedah.” Ujar beliau ketika ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah,  Aidil Adzim Samsudin, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Masjid Tanah, Md Hadun Musa dan pimpinan PAS dan Bersatu tempatan.

JUARA! Pasukan PAS Taman Sri Aman bergambar kenangan


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)