Home Artikel PAS Sabah

PASTI terbakar terima sumbangan daripada DMPNS

374
SHARE

Oleh : Nur Iman Mansor
02 September 2020

SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS), melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada PASTI Nurul Hannani dalam Majlis Muktamar DMPNS, ahad lepas.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Hajah Rosni Adam dalam majlis perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali Ke-30 yang dijalankan di Dewan Kelab Rekreasi Taman Indah Jaya, Sandakan.

Sumbangan tersebut merupakan hasil sumbangan orang ramai yang berniat untuk membantu pembangunan semula PASTI Hannani yang telah terbakar pada 26 Ogos 2020 yang lalu.

PASTI Hannani merupakan PASTI tertua di negeri Sabah yang telah beroperasi sejak tahun 1986 lagi dan mempunyai 200 orang pelajar.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu pihak pengurusan PASTI dalam pembinaan semula bangunan baru dan dapat memulakan semula sesi pembelajaran dengan kadar yang segera.