Home Artikel PAS Pahang

MTIS terap nilai patriotik kepada pelajar

534
SHARE

MTIS terap nilai patriotik kepada pelajar

Sambutan Kemerdekaan Kali ke 63 Maahad Tahfiz Al Istiqamah sangat berbeza berbanding tahun-tahun lepas. Sambutan Kemerdekaan ini berlangsung hampir seminggu yang lalu.

Bermula dengan aktiviti pemasangan bendera Malaysia di sekitar kawasan dan bangunan Maahad Tahfiz Al Istiqamah dan di sambung dengan aktiviti aktiviti dan pertandingan kumpulan bagi menanam nilai patriotik di dalam diri pelajar-pelajar.

Antara program yg tekah di jalankan ialah pertandingan tulisan khat merdeka, lukisan mural merdeka dan hiasan kenderaan dengan tema kemerdekaan “Malaysia Prihatin”.

Selain itu, pertandingan solo merdeka dan sajak merdeka juga diadakan bagi tujuan mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri. Semua isi kandungan mestilah dengan tema perjuangan Kemerdekaan.

Kemuncak kepada sambutan kemerdekaan kali ke 63 pada tahun ini ialah Perarakan Kereta Berhiasa dan Perarakan guru2 dan semua pelajar dengan kibaran bendera Malaysia.

“Sambutan ini adalah yang paling grand dan berjaya. Persiapan telah diadakan hampir sebulan. Kerjasama dari semua guru guru dan pelajar pelajar sangat baik bagi meraikan hari bermakna bagi kita sebagai rakyat Malaysia. Tahniah semua. Selamat menghayati Hari Kemerdekaan kalinke 63 buat semua rakyat Malasyia”.

Majlis sambutan gilang gemilang ini dimulai dengan Perarakan, nyanyian lagu Negaraku, lagu Merdeka dan Jalur Gemilang.

Turut serta persembahan Kemerdekaan oleh pelajar pelajar yang telah menjuarai pertandingan solo dan sajak kemerdekaan.

“Insya Allah kita cuba buat yang terbaik untuk menanam rasa cinta dan nilai patriotik kepada pelajar pelajar di Maahad Tahfiz Al Istiqamah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yg sangat bermakna buat warga MTIS.”

Majlis ini telah dirasmikan oleh Al Fadil Ustaz Mohd Hazmi Bin Dibok selaku Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Maahad Tahfiz Al Istiqamah.

Maahad Tahfiz Al Istiqamah kini sedang membuka permohonan kemasukan Tingkatan 1 sesi 2021. Bagi yang berminat boleh menghubungi Mudir MTIS Ustaz Zarimi di talian 019 961 0849.

“Membentuk Generasi Rabbani”