Home Artikel PAS Selangor

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor | Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh – Takziah Buat Hj Sharimshah & Hjh Hayati Sekeluarga

605
SHARE

Kapar, Selangor | 2 September 2020

Al Fadhil Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor bersama Pimpinan DMPK, Halwa Meru serta anak-anak Maahad Integrasi Tahfiz An Najihin (MiTAN) telah menziarahi Keluarga Hj Sharimshah dan Hjh Hayati di Taman Sri Puteri Meru.

Keluarga ini baru sahaja kehilangan anak yang dicintai ‘Al Marhum Abdullah Ammar’ pada 10 Muharam 1442H hari Sabtu yang lalu, akibat kemalangan di pusat rekreasi.

Dalam sesi ziarah tersebut selain bertanya khabar. rombongan telah menghadiahkan bacaan Tahlil dan Doa moga Arwah dalam Rahmat dan Kasih Sayang Yang Maha Pencipta.

Di hujung Ziarah, us Noor Najhan telah memberikan kata nasihat serta sedikit sumbangan kepada pihak Keluarga.

Moga semua diberikan kesabaran dan redha dengan ketentuan ilahi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor