Home Berita PAS Sabah

PASTI Tawau johan keseluruhan Ihtifal Alam Ria PASTI Negeri Sabah 2021

156
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar

22 Oktober 2021, Jumaat

TAWAU : PASTI Kawasan Tawau dinobatkan sebagai Johan keseluruhan Ihtifal Alam Ria PASTI Negeri Sabah 2021 .

Pertandingan bermula pada awal bulan oktober dan diadakan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu yang dihadapi seluruh dunia.

Pengerusi PASTI Tawau, Irwan Hamdan mengucapkan terima kasih kepada seluruh kontinjen PASTI Tawau dan berharap momentum tersebut dapat di kekalkan ke tahun hadapan.

“Kita memenangi enam daripada sembilan acara iaitu acara Hafazan muslimin dan muslimat, Sajak, Muslimat , Bercerita Muslimin dan Muslimat dan acara Azan” Jelas Irwan.

Pengarah PASTI Negeri Sabah Haji Karim Haji Dullah, berkata dia berharap agar anak-anak PASTI bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi turut cemerlang juga dari sudut ko-kurikulum.

“Saya berharap agar anak-anak PASTI terus cemerlang bukan sahaja ke peringkat kebangsaan malah seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Dan semoga usaha yang PASTI lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak PASTI mencungkil bakat mereka” Tambahnya lagi.

Acara Sajak telah dimenangi oleh peserta dari Sandakan, Pidato daripada kawasan Semporna dan acara membaca Khutbah pula dimenangi oleh peserta daripada kawasan Sepanggar.

Naib Johan keseluruhan dimenangi oleh kontinjen daripada kawasan Sandakan yang berjaya meraih 1 emas, 2 gangsa, dan 4 saguhati manakala tempat Ketiga keseluruhan pula dimenangi kontinjen daripada kawasan Sepanggar yang meraih 1 emas, 1 gangsa dan 5 saguhati.