Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis serah hadiah kepada pemenang

80
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 23 Okt: Para pemenang bagi acara-acara yang dipertandingkan telah menerima hadiah pada satu majlis anjuran Jabatan PASTI Negeri Perlis semalam.

Majlis yang diadakan secara ringkas itu berlangsung di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) di sini.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Seramai 50 orang peserta, terdiri daripada para guru dan murid yang terlibat dalam beberapa acara yang telah diadakan sebelum ini, hadir menerima hadiah.

Acara-acara berkenaan ialah e-Alam Ria PASTI Negeri Peris, Pertandingan Tiru Gaya Tokoh Pejuang Kemerdekaan, Pertandingan Video PdPR Kreatif, Sajak dan Gema Selawat.