Home Berita PAS Wilayah

Pesanan Ayah

45
SHARE

Anakku

Kini

kau telah dewasa

Kau perlu ingat

Perjalanan hidupmu

Masih jauh

Jalannya

Berbukit-bukau

Terkadang

Teramat licin dan curam

Cermat lah

Di waktu kau

Mendakinya ok

Sabarlah

Dalam kepayahan

Dan kesukaran

Pasti

Kau berjaya ke puncaknya

 

Anakku

Ketika

Kau sudah berjaya

Jangan

Kau sombong diri

Jadilah

Saperti padi

Bila berisi makin

Tunduk ia

Belajarlah

Dari

Insan-insan

Beriman dan bertakwa

Selalu takut

Gerun dan cemas

Bimban- bimbang

Hidupnya dimurkai

Allah Rabbul Izzati

 

Anakku

Di waktu

Mudamu

Jangan kau leka

Lalai serta alpa

Kerna

Harta

Pangkat

Dan darjatmu

Belum tentu

Menjadikan kau bahagia

Belum tentu

Menjadikan jiwamu

Tenang dan damai

Dalam melayari

Bahtera kehidupan ini.

 

Anakku

Dalam kau bersahabat

Pilihlah teman-teman

Yang berhati mulia

Beradap dan berakhlak

Megikut

Perangai orang orang

Solleh dan sidiqin

Ambil lah

Pertunjuk Al Quran dan sunnah

Dalam Perjalanan hidup mu

Pasti

Kau bahagia dan selamat

 

Anak ku

ingatlah

Pesanan-pesanan ini

Kerna

Panas tak selamanya

Sampai ke petang

Hidup tak selalu sehat

Ada masa

Sakit jua

Tak menunggu waktu

Oleh itu

Berhati- hatilah

Hati akan mati

Pabila

Kalam ilahi

Tiada di hatimu

Tubuh akan sakit

Pabila

Lidah mu

Tiada lagi

Dibasahi istiqfar.

Zikir dan doa

Ketenanganmu

Kan hilang

Pabila

Akalmu

Dihinggapi syaitan

Dan nafsu amarah

Moga-moga

Sedikit pesanan ini

Buat kau megerti

Jalan hidup ini

Anak ku.

 

Ust Md Ali Jamil

Khamis 8.10 pagi

14 Rabiul Awal 1443

21 Oktober 2021