Home Berita PAS Selangor

PASTI Shah Alam santuni guru ketika lockdown PKP – Pengerusi PASTI Kawasan Shah Alam

38
SHARE

May be an image of 2 people

“PASTI D’Hati” | Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alam | Di saat ramai dikalangan pihak NGO, individu dan parti politik berusaha menyalurkan bantuan di musim PKP ini kepada masyarakat awam yang memerlukan, pihak Pengurusan PASTI Shah Alam tidak melupakan nasib para guru PASTI.

Pengerusi PASTI Kawasan Shah Alam Saudara Norhafizal Mohamad ketika dihubungi memaklumkan bahawa guru-guru PASTI antara yang tersenarai untuk disampaikan sumbangan keperluan bagi meringankan beban ekonomi dimusim lockdown PKP ini.

PASTI Kawasan Shah Alam menyantuni guru-guru PASTI dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Guru-guru PASTI adalah antara kelompok yang juga turut terkesan di musim Pandemik ini yang tidak dinafikan hak mereka untuk disantuni.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu meringankan beban guru-guru PASTI. Sumbangan barangan disampaikan oleh Pengerusi PASTI Kawasan Shah Alam, En.Norhafizal Muhamad.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor