Home Berita PAS Selangor

Program penyerahan bakul makanan wanita PN – DMPK Kuala Langat

39
SHARE

May be an image of standing

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS
Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | Bakul Makanan bantuan Covid-19 adalah sebuah inisiatif yang baik dan benar-benar membantu. Program Penyerahan Bakul Makanan Wanita Prihatin Perikatan Nasional kepada rakyat tempatan di bawah Parlimen Kuala Langat, P112 telah diadakan.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat bersama Wanita Srikandi, Jabatan Amal Kuala Langat Dan Briged Muslimat Kuala Langat telah bersama dalam menggerakkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh pkp di sekitar Kuala Langat .

Pada program tersebut, seramai 115 orang telah menerima sumbangan sepanjang 2 hari agihan sumbangan digerakkan. Semoga dengan penyampaian sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh anggota dan keluarga penerima.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor