Home Artikel PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Sanitasi Akademik Tahfiz Mandarin

479
SHARE

Pulau Ketam
20 Zulkaedah 1441H | 11 Julai 2020

Hampir sebulan Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor turun untuk bantu sanitasi premis-premis PASTI sebelum mula beroperasi awal Julai.

Akademik Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam pula mengamanahkan pada JAMNS untuk melaksanakan proses nyah kuman di premis. Akademik Tahfiz dikelola oleh Al Fadhil Us Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Us Mad Cina.

Kehadiran JAMNS di ketuai oleh Tuan Mashadie selaku Penolong Pengarah Operasi Khas JAMNS. Selain proses nyah kuman dilakukan, taklimat dan penerangan diberikan juga agar warga ATM mempunyai maklumat cara penggunaan alat-alat keselamatan serta mengikut SOP yang ditetapkan.

Tuan Mashadie bersama anggota Amal yang hadir sempat beramah mesra dengan kaum Tiong Hwa yang merupakan majoriti penduduk di Pulau Ketam.

#PASSelangor
#JabatanAmalMalaysiaSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan