Home Berita PAS Sabah

PASTI Sandakan Naib Johan E Alam Ria

54
SHARE

 

Oleh: Aizal Samsaruddin
22 Oktober 2021

SANDAKAN: PASTI Sandakan muncul naib johan keseluruhan Pertandingan E Alam Ria PASTI Peringkat Negeri Sabah yang diadakan secara maya pada 14-16 Oktober yang lalu.

Enam acara dipertandingkan melibatkan seramai 94 orang peserta daripada 16 kawasan seluruh negeri Sabah.

PASTI Sandakan telah berjaya menjadi johan dalam acara Sajak kategori muslimin dan tempat ketiga dalam acara khutbah dan sajak kategori muslimat.

Sementara itu, dalam pertandingan ini juga turut menobatkan PASTI Kawasan Sepanggar tempat ketiga dan PASTI Kawasan Tawau selaku johan keseluruhan E Alam Ria PASTI Negeri Sabah.

Pemenang akan mewakili PASTI Negeri Sabah dalam E Alam Ria PASTI Malaysia yang bakal berlangsung akan datang.