Home Artikel PAS Perlis

PASTI Perlis Anjur Bengkel Pemantapan Kurikulum Pra Tahfiz

439
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR : Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perlis telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kurikulum Pra Tahfiz PASTI Negeri Perlis 2020 yang berlangsung semalam.

Seramai 119 orang Guru PASTI dari seluruh negeri ini hadir dalam program tersebut yang diadakan di Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar (KOMTAR), Bukit Kerang, dekat sini.

Bengkel selama enam jam itu diadakan dalam tiga slot iaitu Cinta Al Quran (kaedah/teknik mudah menghafaz), Dia Dalam Hati (teknik/kemahiran mengingat) dan Saya Ikut (kaedah membetulkan bacaan).

Ketiga-tiga slot berkenaan dikendalikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Wardah Rujhan dari Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN).

Menurut Pengarah PASTI Negeri Perlis Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, bengkel berkenaan bertujuan memantapkan lagi kemahiran PdP para guru PASTI yang terlibat dengan Kurikulum Pra Tahfiz.

“Menerusi program ini, adalah diharapkan agar para guru dapat mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi demi mencapai objektif pembelajaran Pra Tahfiz seperti yang telah ditetapkan,” ujarnya ketika ditemui di sini.