Home Kenyataan Media PAS Selangor

KERAJAAN BARU : SEMOGA MENDAPAT BIMBINGAN PETUNJUK DARI ALLH

618
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI
PESURUHJAYA PAS SELANGOR

KERAJAAN BARU : SEMOGA MENDAPAT BIMBINGAN PETUNJUK DARI ALLH

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) mengucapkan tahniah ke atas perlantikan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang baru bermula 1 Mac 2020.

BPPNS berkeyakinan bahawa kesepakatan yang dikecapi antara PAS, Barisan Nasional menerusi Muafakat Nasional serta jalinan kerjasama bersama PBBM dalam menyelesaikan kemelut politik negara baru-baru ini merupakan pilihan terbaik serta gandingan mantap yang mampu merealisasikan hasrat rakyat untuk membangunkan negara dengan lebih baik dari sudut agama, ekonomi, sosial dan keseluruhannya.

Semoga Kabinet Malaysia yang akan dibentuk, diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan amanah yang dipikulkan ini. Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia kali ini untuk melihat gambar sebenar Malaysia Sejahtera menurut acuan Islam yang memayungi kehidupan keseluruhan manusia dengan keadilan dan kesaksamaan.

Dengan izin Allah SWT, beserta dokongan padu dari kesemua jentera dan sokongan rakyat, Malaysia akan berjalan terus maju kehadapan, menempa nama di persada dunia dan menjadi model bagi sebuah pentadbiran yang dipacu berasaskan perpaduan ummah yang meletakkan fokus pemulihan negara sebagai agenda utama mengatasi kepentingan sempit blok kepartian semata-mata demi Islam dan maslahat ummah.

7 Rejab 1441H | 2 Mac 2020

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGORYB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRIPESURUHJAYA PAS SELANGORKERAJAAN BARU : SEMOGA MENDAPAT…

Posted by PAS Selangor on Sunday, March 1, 2020