Home Berita PAS Kedah

Pasti mengalir air mata; Tingginya nilai kasih beliau kepada Jabatan Amal

211
SHARE

Kelibat seorang lelaki tua separuh abad usianya terkial-kial berjalan kesana ke mari dan terus utuh berdiri memberi khidmat yang terbaik kepada tetamu yang hadir ketika Majlis Iftar bersama MB di IDCC, Shah Alam kelmarin dulu mungkin terkadang tidak menjadi tarikan utama kepada para tetamu. Menempuhi perjalanan sejauh hampir 500KM mengenderai kereta unser lama menerjah kegelapan malam untuk sampai ke Ibu kota bagi memenuhi tugasan yang telah diamanahkan kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah.

Tugasan yang diberikan sudah tentulah bagi memastikan semua susun atur acara dan perjalanan program berjalan lancar,dari memasang bendera dan sepanduk di setiap tiang dan ruang, menjaga lalulintas dan keselamatan program semuanya dirancang dan diuruskan dengan baik.

Petang itu seawal jam 2.00petang beliau sudah berdiri terpacak diruang pakir bawah luar dewan bagi melaporkan diri untuk memulakan tugasan. Walaupon saat itu terik matahari masih membakar kulit kami dalam keadaan melaksanakan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadan, namun semangat beliau terus gagah bersama tenaga-tenaga muda yang lain bagi bersiap sedia melakukan kerja-kerja menyelesaikan persiapan program.

Sekali saya renung potret ini, terlintas dipemikiran mengapakah Pak Long memilih AMAL sebagai medan untuk menabur bakti? Ada apa dengan AMAL hingga beliau begitu kasih sehingga begini? Tak penat ka dari muda hingga kini sentiasa turun lapangan untuk bertugas bersama sahabat-sahabat AMAL? mungkin saya tiada jawapan yang tuntas untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Biarlah ianya berlegar sebagai persoalan demi persoalan pada diri saya sendiri.

Pak Long Aljuma bin Ramli atau mesra dikalangan anggota AMAL dengan panggilan Pak Long Juma adalah antara aktivis AMAL Kedah yang senior dan sentiasa setia bersama AMAL Kedah,cuba bayangkan AMAL telah bertukar kepada beberapa orang Pengarah namun beliau sentiasa menumpahkan taat setianya kepada Jabatan AMAL. Pak Long Juma selalu akan menarik perhatian Anggota-anggota AMAL yang muda-muda dengan lawak bersahaja beliau (orang Kedah kata lawak kering). Beliau sentiasa akan mencuit hati kami bila berbicara dan kadang-kadang disulami cerita-cerita nasihat dari pengalaman beliau. Tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat bagi menjadi pemandu kepada kami anak-anaknya yang masih muda.

Sudah tentu intipati penceritaan beliau berkisar tentang bagaimana kesungguhan generasi awal Jabatan Amal bersusah payah dan konsisten dalam melaksanakan tugasan mereka.

Mungkin berkat keikhlasan mereka untuk menjadikan Jabatan Amal lubuk mengerjakan kebajikan-kebajikan untuk mereka bangun dan tersenyum tawa disana nanti. Semoga Allah memilih kita semua menjadi insan yang sentiasa berbakti dan memberi khidmat kepada jalan kebaikan…Amin

Insyaallah saya amat berharap ramai dikalangan kita anak-anak muda untuk memilih PAS dan meneruskan agenda berkebajikan. Bagi sahabat-sahabat Pemuda sudah tentu harapan saya untuk bersama-sama kita terlibat aktif dan memperkasakan Jabatan Amal bagi meneruskan agenda perjuangan kita.

“BERAMAL KERANA ALLAH

*Cerita ini saya janji kepada beberapa orang sahabat AMAL untuk dinukilkan buat pedoman kita bersama… insyaallah Amin

Perkongsian daripada

Saiful Shazwzan

Pengarah

Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah