Home Berita PAS Sabah

PASTI medan terbaik terap ilmu agama kepada kanak-kanak.

140
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
21 Ogos 2022

LAHAD DATU : PASTI adalah medan terbaik untuk menerap ilmu agama kepada kanak-kanak berumur empat ke enam tahun disamping mempelajari ilmu membaca dan mengira.

Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Kanizam Kamis berkata, mendedahkan pengetahuan tentang Islam dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting agar mereka dapat memahami kehendak Islam seawal usia.

“PASTI adalah model terbaik dalam pendidikan awal kanak – kanak kerana PASTI tidak hanya mengajar ilmu duniawi bahkan juga menerapkan ilmu ukhrawi.

“Saya berharap guru-guru istiqamah mendidik pelajar PASTI dan jadilah pendidik bersifat murobbi,” ujarnya sempena majlis perasmian Dialog Pretasi 6 Tahun bagi PASTI Zon Pantai Timur, Sabah, semalam.

Nizam yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu,turut menyeru guru-guru PASTI hadir ke program yang dianjurkan oleh PASTI Sabah, agar dapat menambah kemahiran mengajar untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Seramai 65 orang guru PASTI zon pantai timur hadir untuk berdialog tentang prestasi murid 6 tahun serta mempelajari kaedah mengajar berkesan daripada 7 orang fasilitator.

Turut hadir sama Pengarah PASTI Negeri Sabah, Karim Dullah, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri Sabah, Mursidi Amat serta Pengerusi PASTI Kawasan Lahad Datu, Landari Labobo.