Home Berita PAS Sabah

PASTI Keningau santuni jiran berbangsa Cina

246
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa M.Shom
23 Januari 2023

KENINGAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Keningau telah mengadakan program penyerahan hamper dan limau mandarin sempena Tahun Baharu Cina yang akan diraikan jiran PASTI berbangsa Cina pada Ahad ini.

Program penyerahan hamper dan limau mandarin ini diadakan setiap tahun oleh PASTI di kawasan Keningau sebagai tanda semangat perpaduan dengan masyarakat sekitar.

Sebanyak 18 hamper dan limau mandarin telah diserahkan kepada 18 jiran yang melibatkan 5 buah taman di sekitar PASTI DUN Liawan dan Bingkor.

“Program ini diadakan setiap tahun dengan objektif program iaitu meraikan dan menyantuni jiran berbangsa cina di samping mengenali jiran-jiran terdekat yang berdekatan dengan PASTI sekali gus menyemai semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid PASTI khususnya”, ujar Muhammad Yusob Azizan, Pengurus PASTI Kawasan.

Beliau juga menyatakan penghargaan atas bantuan tenaga yang diberikan kepada guru-guru PASTI keningau dalam menjayakan program penyerahan hamper pada tahun ini.

“Semoga program ini tetap diteruskan pada masa akan datang agar perpaduan kaum akan lebih kukuh lagi,” ujarnya.

Turut sama menyampaikan hamper kepada jiran pada program tersebut ialah ketua Majlis Guru Pasti (MGP) Keningau, Siti Nurbaiyah Ishak.