Home Berita PAS Perak

Muslimat Teluk Intan raikan kehadiran bulan Rejab

35
SHARE

Oleh : Nur ‘Ala Nur

TELUK INTAN, 23 Januari : Lajnah Tarbiah dan Perkaderan, Dewan Muslimat Teluk Intan telah menganjurkan Sambutan Awal Rejab bertempat di Taman Intanova, Teluk Intan di sini, semalam.

Program santai yang bermula pada kira-kira jam 7.45 pagi itu diawali dengan senaman ringkas bersama iringan nasyid kanak-kanak  melibatkan hampir 25 orang Jawatankuasa Muslimat Cawangan (JMC).

“Di zaman Rasulullah SAW, para sahabat baginda telah bersedia menanti kehadiran Ramadan sejak 6 bulan sebelumnya maka, berbekalkan iman umat akhir zaman, awal Rejab adalah masa yang terbaik untuk kita mula menggandakan amalan,” kata Setiausaha Muslimat Teluk Intan,Saadah Abas ketika menyampaikan tazkirah tersebut.

Muslimat merupakan penguat dan penggerak dalam keluarga dan masyarakat. (Justeru) diharapkan agar program seumpama ini dapat menyemarak semangat taqarub ilallah dan tidak mengkesampingkan anggota masyarakat yang lain.

Pihak penganjur turut menyediakan hadiah kepada para peserta yang dapat menjawab kuiz berdasarkan tazkirah yang diberi.

Turut hadir, Ketua Muslimat,Robia’ton Mohd Abas, Timbalan Ketua Muslimat, Hamisah Abas, Ketua Lajnah Tarbiah, Asilawati Mohamed serta ahli jawatankuasa yang lain.